Ya Allah padaMu aku bermohon. KAU lindungilah keluargaku dari setiap hasad dengki dan jauhilah daku dari perkara-perkara yang lalai. Izinkanlah kami berada di dalam rahmatMu dan limpahilah kami dengan rezki yang halal. Amin

Tuesday, 12 June 2012

First Outing at KL Shopping Complex with Raihana

Ahad aritu, pertama kali aku with en asben bawa Raihana ke Midvalley dan Sogo. Kami belum beli stroller lagi untuknya so just dukung macam tu jer. Gilir-gilir dengan en asben tapi most of the time of course la si dia yang kena amik tanggungjawab itu.. Yeay..

Aku hanya g Vinci , Jusco dan sempat makan kat Food Court nya..mana lagi kalau bukan Portuguese Grill Fish.
Memang sedap betul...

termenung duk pikir banyak nye kasut kat sini..



Pak Uda..ni adik aku yang belajar kat UNISEL



Aku punye lauk...Bawal  + petai


Time makan...Raihana atas riba aku.susah kan takde stroller..harus pergi cari stroller next week.


Selepas tuka baju kat jusco...mood ceria


Alamak..sudah tidooooooo

Pastu kami gerak ke Sogo...kat sana tak dan nak snap gambo sebab Raihana dah tido dan aku kepenatan.






Monday, 11 June 2012

Gift dari officemate Ummi

Murah betul rezeki Raihana sejak dari lahir hinggalah ke hari ni. Ada je rezki yang dia dapat. Orang kata setiap anak yang dilahirkan tu nanti dah ditetapkan rezeki untuk nya.. Kan kan

Bila kat office pulak...kawan-kawan ummi pon ada kasi...meh nak snap..saje je nak layan gambo hadiah raihana ni..


 Sebahagian...ni dari kawan-kawan department ummi



 Alamak..auntie Steph salah eja nama abi la..hehe



 Cute sangat card ni




Kasut (from auntie Steph) dan set newborn (from auntie Siew Wei and Sunnie)..



 From auntie Ina




Dah pandai peluk teddy ehh


Thanks pada semua dan ada banyak yang ummi tak sempat upload.

Sunday, 10 June 2012

Tahniah Caroline Juara Mentor 6

Seperti yang dijangka oleh ku, Juara Mentor 6 jatuh pada .......

protege ELLA 

iaitu

CAROLINE...


Memang mantap persembahan dari Caroline sehingga dapat mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah.



Untuk info, protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah, manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan hanya mendapat 50 markah.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional (Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini), 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Oh ye untuk sesiapa yang nak tau biodata Caroline, ni ada saya ringkaskan kat bawah ni.

Biodata Caroline Juara Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege: Ella


Source From :

Tuesday, 5 June 2012

Company Dinner Invitation - Hawaiian Night

Start kerja selepas cuti bersalin aritu, aku dapat kad jemputan untuk ke company dinner bertarikh 16 June 2012 bertempat di One World Hotel, Damansara.


Aku dah reply untuk hadirkan diri bersama seorang teman. Sape lagi kalo bukan en asben.


 will attend with partner


Baju plak..seperti biasa daku masih mencari-cari yang sesuai........



Monday, 4 June 2012

Sending Raihana to BabySitter Home

Semalam aku start hantar Raihana ke rumah babysitter sendirian cz en asben dah pergi Perak. Alhamdulillah takde kerenah cz dia hanya memandang sekeliling dengan muka mengantuk. Masuk kereta terus dia tidur dengan lenanya.

Masih gelap cz keluar awal sikit nak isi minyak keta.


Arini aku kuar lambat sikit sebab school holiday. 

 Sorry dear..ummi terpaksa angkat sayang tengah tido..Dia tak menangis pun macam paham kot aku nak g kerja. So dia tak de la nak buat hal.. Bagus betul anak ummi.


Raihana plak sepanjang jalan tak tidur tapi mata asek tengok kiri kanan jalan. Suka agaknya.

Termenung ....



Jeling ke ape tu sayang...


Dah pandai respon bila ummi panggil nak snap gambar nye...

Tak sabar nak tunggu 4.50pm...nak balik jumpa chenta hati ummi....

Sunday, 3 June 2012

Melayan Raihana Punye Kerenah

Semalam pukul 11 pagi en asben dah bertolak balik ke Perak. Yang sweet nya masa tu Raihana tengah tido. Bila abi dia g bisikkan kat telinga cakap duk diam-diam. Abi dah nak balik..serta merta dia buat muka nak nangis dan nangis. Bila abi dia angkat dan peluk baru dia diam. Kebetulan ke ape tatau la kan..

So semalam aku sendirian menjaganya buat kali pertama. Seharian melayan kerenah Raihana yang asek merengek mau aku berada disisinya. Nak ape lagi kalau bukan nak menyusu. Manja betul.

Bila dah tido, mula la aku snap gambar dia. Saja takde keje. Hihi. Jom layan kerenah Raihana on last weekend.

Kuat nye menangis...


 Malu la plak.


Erkkk..


Buat muka lagi..


Menggeliat plak.


 O oooo ooooo


Alamakkk....


nak tido la tuh


Dah...jatuh sudah dari bantal

Friday, 1 June 2012

Perabot baru sudah sampai

Sabtu lepas selepas pergi wedding kat Shah Alam daku sempat meluangkan masa bersama en asben, Raihana dan adik iparku nak survey perabot. Dah lama sebenarnya nak beli tapi terbantut cz kami xsempat nak housekeeping rumah sebetul2nya sejak pindah aritu. Aku decide nak buat after delivered cz time peknen amatlah tidak ada mood plus tak larat nak bau barang-barang.

Once dah balik KL, kami terus kemas-kemas dan pilih perabot.Kebetulan adikku yang mengajar di JB dapat pindah dekat Selangor dan rezki nya dapat sekolah tak jauh dari rumah ku. So of course dia duk ngan aku. Senang sikit kalau susah senang ke ada adik beradik dan tak mungkin kita nak harap kat orang luar kan.

Adik ku sempat jugak booked set bilik tidur untuk bilik kedua rumah aku. Aku plak pilih sofa L shape, kabinet TV, cermin ruang tamu, set meja makan dan satu katil single untuk letak kat bilik kecik khas untuk tetamu. Lega dah setel.

cermin bakal diletak belakang sofa


Model tak berbayar..siap landing lagi. Sofa ni harganya RM1300 je...


Set meja makan kaca..okla untuk 4 orang...


Set bilik tidur adik aku


Katil bujang..aku berkenan sebab murah time promosi dan design yang simple dan semestinya kaler putih..


Kabinet TV jugak yang promosi.hehe

Skang semua dah siap kemas dalam rumah. Baru lengkap keperluan rumah ku...Syukur. Dan aku amat bersyukur adik aku sudi duk ngan aku. Kuatkan semangat aku menjaga Raihana ketika en asben berjauhan. Tu la ade orang pernah cakap kat aku..dan aku akan ingat sampai bila-bila.

"Ko tak boleh jaga anak sorang-sorang, aku taula sebab aku yang suami duk sekali pon susah. Nak angkat anak lagi dengan beg lagi"

Masa tu aku terdiam sebab memikirkan susahnya kan nak hadapinya nanti. Tapi takpe aku sanggup hadapinya cz Raihana anak aku. Anak yang aku kandung dan lahirkan..semestinya aku kuat. Insha'Allah.

Aku harap nanti dipermudahkan Allah...cz nextweek bermula lah episod aku berseorangan bersama Raihana..opss selama 3 hari je...

Off topic jap...Sedapnya dia tidoooooooo